KAFIR NYA IBNU ARABIY
IBNU ARABIY , INI PARA ULAMA TELAH IJMA', ULAMA DI ZAMANNYA DAN YANG SETELAH DI ZAMAN DIA , IJMA' BAHWASANYA DIA INI MURTAD KAFIR.
Ibnu Arabiy - mulhid, zindiq, dikafirkan oleh sebahagian ulama'
Ana nak tanya, bolehkah antum buat 'summary' sikit tentang Ibnu Arabiy, kerana ana lihat sekarang ini ada usaha untuk kearah nak mempopularkan Ibnu Arabiy, dan ana baca pula pagi tadi sedikit tulisan tak silap ana seseorang daripada universiti, mengatakan cuba nak memisahkan maknanya Ibnu Arabiy bukan wahdatul wujud, bukan dia, datang kemudian lalu di tambah dalam buku dia, seolah-olah cuba nak membersihkan, mensucikan orang ini. Bagi summary sikit, kerana benda ini terlampau parah. Mana-manapun ajaran sesat, inilah kuncinya.
Jawapan oleh Sheikh Abi Fairuz bin Soekojo al Jawi al Indonesiy.
Thoyyib,
بسم الله الرحمن الرحيم
Ibnu Arabiy, ini para ulama telah ijma', ulama di zamannya dan yang setelah di zaman dia, ijma' bahawasanya dia ini MURTAD KAFIR.
Bahkan para ulama' sufiyah di zaman itu pun mengkafirkan dia kerana dia sampai-sampai mengatakan saya adalah Allah, mengatakan maha suci saya, mengatakan
ما في الجبة الا الله
Tidak ada di dalam jubah ini kecuali Allah.
Dan memang kata Sheikhul Islam, bahawasanya ada sebahagian orang berusaha memberi uzur kepada Ibnu Arabiy. Tetapi kata Sheikhul Islam, orang-orang yang membaca buku dia seperti Fususul Hikam, seperti Futuhat Makkiyah, kalau tidak salah ada beberapa buku itu, maka dia akan mengakui kalau dia memang orang yang jujur, bahawasanya memang buku ini penuh dengan kekufuran. Tidak layak untuk di kasi uzur. Ini buku dia dan bahkan orang zaman sekarang mengakui, buku-buku itu adalah buku dia. Dan di dalam buku-buku itu, dia terang-terangan dia membuat syair-syair kekufuran.
Makanya Imam Burhanudin al Biqo'i رحمه الله تعالى , beliau membuat buku khusus yang tajuknya adalah "Masrout Tasowwuf", disitu menyebutkan fatwa ulama' banyak sekali tentang kafirnya Ibnu Arabi, juga Ibnu Farid, juga ibnu Sab'in.
Thoyyib. Dan juga menukilkan kalam Sheikhul Islam yang sebelum Ibnu Taimiyah yaitu Imam as Saibuni. Siapa yang tidak kenal Imam As Saibuni.
Dia juga mengkafirkan dan mengatakan seluruh ulama' yang saya jumpai, semuanya mengkafirkan Ibnu Arabiy, kerana dia adalah tukang sihir dan juga kerana dia ini adalah orang yang mengaku dia sebagai sesembahan.
Dan untuk menampakkan karomah dia, dia tidak segan-segan untuk mendatangkan jin dan sebagainya. Lalu orang jahil mengatakan, oh ini karomah, padahal dia berkerjasama dengan syaitan.
Para fuqoha dizaman itu telah memfatwakan, bahawasanya dia adalah kafir dan mereka meminta penguasa untuk memeriksa dan setelah diperiksa , memang semua fuqoha' sepakat memang dia ini kafir. Dia disuruh taubat, tak mahu taubat, maka dia di hukum mati.
Maka yang berusaha untuk membela dia, maka boleh jadi dia orang jahil atau memang dia adalah seaqidah dengan Ibnu Arabiy.
Adapun kalau Ibnul Arobiy, ini Imam besar Malikiyah. Ini baik beliau. Atau Ibnu A'robiy, ini adalah imam ahli nahwu, ini baik.
Yang salah adalah Ibnu Arobiy tanpa al. Ha ini orang yang zindik dan mulhid. Tidak ada gunanya di bela-bela, sementara memang dia mengakui dirinya adalah Allah, dan seterusnya. Dan tidak mengakui adanya orang yang mukallaf. Thoyyib, bahawasanya tuhan adalah hamba, hamba adalah tuhan.
فليت شئرمن المكلف
Maka saya tidak tahu lagi siapa sebenarnya yang mukallaf kerana saya adalah tuhan, mengapa saya solat dan seterusnya. Dan seterusnya dan seterusnya. Banyak sekali kebatilan dia. Dan juga menukil kalau tidak salah ana sudah lama baca buku itu, ana punya dulu, Burhanudin al Biqo'i, beliau juga menukilkan kalam Ibnu Hajar, mengkafirkan juga Ibnu Arabiy. Dan banyak sekali para ulama yang mengkafirkan dia.
Jadi ulama-ulama Syafi'iyah sendiri, banyak yang mengkafirkan Ibnu Arabiy. Tiada gunanya orang sekarang malah berusaha membela dia. Memang di Indonesia pun sedang di usahakan untuk membela dia. Thoyyib, dan seterusnya bahkan di Mesir atau di Turkiya, bulan bulan sebelumnya, dibuat filem mengagungkan Ibnu Arabiy lagi. Thoyyib,
Kalau musuh-musuh Allah saja , orang Sufiyah mereka aktif untuk membela thoghut mereka, maka harusnya kaum muslimin yang fitrahnya masih baik, terutama ahlussunnah wal jamaah, memang harus aktif untuk rajin belajar dan menyebarkan ilmu sedikit demi sedikit. Jangan kita bermalas-malasan , sementara musuh sendiri mereka giat dijalan syaitan. Sementara kita di jalan Allah, harusnya kita lebih semangat lagi. Tidak terfitnah dengan dunia, tertipu dengan dunia lalu lalai dengan tugas yang Allah تعالى bebankan kepada kita.
والله أعلم والحمد لله رب العلمين
Di jawab oleh :
Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Indonesiy Aljawiy Al Qudsiy حَفِظَهُ اللّٰه
Faedah kiriman dari Al Akh Abu Shabir Wan Perwira Wan Adam Al Malaysiy حَفِظَهُ اللّٰه
Join Channel :
https://t.me/dars_syaikh_abu_fairuz
Download Audio :
https://t.me/dars_syaikh_abu_fairuz/1124
Dengarkan Audio :
https://drive.google.com/file/d/1b2xy7stO4swNm7SV1ZxrXVHBJPb8Gv_l/view?usp=drivesdk
Komentar
Posting Komentar