Membantah sholawat bid'ah
*Membantah Selawat Bidaah Yang Direka-Reka Oleh Umar bin Hafiz -oleh: Syeikh Muhammad Ba Jammal hafizahullah.* ____________________________________ *Berkata Syeikh Abu Abdillah, Muhammad bin Abdillah Ba Jammal hafizahullah pada 14 Rabi' al-Awwal 1440 H, di masjid Al-Furqan, Hadramaut, Yaman:* "Umar bin Hafiz mewasiatkan pada hari-hari ini untuk berselawat ke atas Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- dengan kaifiat yang khas, iaitu (selawat yang berbunyi): اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ زَينِ الوُجُودِ صَاحِبِ المَقَامِ المَحمُودِ وَمَعدِنِ الكَرَمِ وَالجُودِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحبِهِ وَفَرِّج كُرُوبَ أُمَّتِهِ وَأَصلِح شُؤُونَهُم يَا بَرُّ يَا وَدُودُ Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas sayyid kami Muhammad, perhiasan bagi segala yang wujud, pemilik maqam yang terpuji, dan sumber kemurahan hati dan kedermawanan dan kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda. Bebaskanlah kesedihan umat baginda, perbaikilah keadaan