soal jawab berkaitan sambutan kelahiran Nabi ﷺ
*Soal Jawab Berkaitan Sambutan Hari Kelahiran Nabi -Oleh Syaikh Fathul Qadasi hafizahullah.* Segala puji adalah milik Allah Tuhan sekalian alam. Saya memujinya dengan pujian yang banyak, yang baik lagi diberkati. Saya bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah semata tidak ada sekutu baginya. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan Allah, semoga selawat dan salam dilimpahkan ke atas baginda dan ahli keluarga baginda serta para sahabat semuanya. Adapun setelah itu; Maka berikut ini adalah soalan-soalan yang diikuti oleh jawapan-jawapan yang jelas dalam menerangkan permasalahan menyambut hari kelahiran Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana akan nyata di sela-sela pembahasan ini tentang hukum berkaitan masalah ini. Saya memohon kepada Allah ‘azza wajalla untuk memberikan manfaat kepada kaum muslimin dengan risalah ini. Soalan 1: Pada hari apakah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dilahirkan? Jawapan: Baginda dilahirkan pa...